20 Mei 2009

AF7..perspektif bakat anak kenyalang!!

Bercakap mengenai Akademi Fantasia ini sememangnya bukan menjadi topik yang asing. Rancangan realiti hiburan yang 'top' di Malaysia. Berinspirasikan daripada format asal program ini dari Mexica iaitu 'La Academia', ASTRO telah melahirkan ramai bintang serta bakat baru yang menjadi seri kepada industri hiburan kita. Bukan mudah untuk menggilap bakat2 baru, mecari ke seluruh pelusok negara, mengintai dan menerokai satu persatu bakat yang ada.


Sekarang, Akademi Fantasia 7 sudahpun melabuhkan tirainya. Tahniah kepada anak bumi kenyalang, Hafiz yang berusia 19 Tahun berasal dari Kuching. Bangganya seluruh anak Sarawak khasnya dan peminat Hafiz di Malaysia amnya. Bakat yang dizahirkan oleh anak muda ini sememangnya murni dan tulen. Maka seharusnya beliau ini tidak disia-siakan bakatnya dan perlu perhatian yang lebih bagi menjamin perjalanan kariernya sentiasa berkembang.


Hafiz telah memperlihatkan persembahan yang begitu konsisten dan memberansangkan dari minggu ke minggu sehinggalah beliau layak ke Konsert Akhir dan seterusnya tuah memihak beliau sebagai juara musim ke 7. Lagu 'Masih Jelas' ciptaan Aidit Alfian dan lirik ciptaan Ad Samad semestinya menggamit tiap jiwa yang menghayatinya. Nama kedua-dua komposer ini tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air kerana mereka bekerja dengan artis2 terkenal seperti Elyana dsb.


Bakat anak kenyalang ini sudah semestinya perlu diketengahkan serta dikomersialkan untuk beliau maju ke hadapan. Hafiz begitu terharu dek sokongan peminatnya yang sanggup turun padang menyokong beliau. Terharu!!
Wajah seorang juara!!

Tq..Hafiz our new proud!!

Kursus JPP di Eastwood Golf & Country Club


Ermm..lamak sik hantar post..kiran tok lah post yg terkini dari aku lah..ermm..last 2 weeks aku n JPP lain telah menghadiri kursus kepimpinan JPP di Miri..Ermm such a nice and panoramic place...breathtaking view erm..ehe..apakah!!..kat sitok ku nak kongsi juak gambar aku, rakan JPP lain masa kat sia ari ya. kkk..:)

Inilah serba sedikit gambar yg dpt di upload..ermm geram eh..wireless ctok meherr gilak..ermm xpalah kawan2..mun ada masa gik kelak aku upload gik k..hehe..

Best ada jak rah Miri ari ya..ermm..sikpa da rezeki lak..lain kali pg gik..Tol x?? ermm kpd kwn2 ipg sarawak lain yg join drama bulan Julai tok kelak..semoga bjumpa k..mek org tuan rumah kali tok..ermm...Goodluck allzzz..

mega-kirana09