LEMBARAN PERJALANAN KURSUS JPP 2008
Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung MegaKirana.. Kali ini saya ingin berkongsi detik-detik manis sepanjang Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Zon Sarawak yang bertempat di RH (Rimbunan Hijau) Hotel, Sibu.
Segala detik-detik itu terpapar pada loreng-loreng coretan kenangan di laman maya MegaKirana ini. Walaupun kursus tersebut hanya berlangsung selama 3 hari 2 malam, tetapi segala memori selama kursus ini berlangsung tidak dapat dilupakan. Semua keempat-empat IPG di Sarawak turun padang untuk turut sama memeriahkan program ini.
Pada kursus kali ini IPTAR menjadi tuan rumah dan lokasi (SIBU) yang dipilih adalah bertepatan serta bersesuaian kerana menjadi titik pertemuan kesemua ahli JPP IPG Zon Sarawak. Kami telah berangkat awal sedikit dari IPTAR untuk menyusun atur serta menyambut kedatangan rakan-rakan JPP IP yang lain.
Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat dikongsi buat tatapan pembaca di laman maya MegaKirana ini.
Tersenyum indah barisan JPP dari IPBL ini. Detik ini dirakam sewaktu malam raptai penutupan kursus yang bertempat di Dewan Rafflesia.
JPP IPBL dipimpin oleh YDP yang ayu Sdri.Noraine Jamil dan dibantu oleh Sdr.Julian Lau..semoga berjumpa pada tahun hadapan ya..
Pohon mengkudu si pohon jejawi,
Subur melata tepian laman,
Semoga bertemu di lain hari,
Saat nan indah jadi kenangan.
Putra dan putri IPS sedang beraksi merakamkan saat indah dan mengusik kenangan dengan senyuman yang ikhlas terpancar di wajah.
Tahun 2009 IPS bakal menjadi tuan rumah pulak untuk kursus JPP yang berikutnya..ermm wah! hehe..
Ermm inilah barisan pemimpin teratas bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Zon Sarawak bagi sesi 2008/09 ermm..YDP dan NYDP IPTAR, IPBL, IPS dan juga IPR.
IPTARku Gemilang menjadi pegangan..
Meriah sorakan panglima beraja,
Tempur semangat di medan perang,
Senyum nan indah pengubat nan lara,
Detik diukir saat dikenang.
Terima kasih kawan-kawan..ermm semoga terus menjadi guru yang berkaliber serta pemimpin yang berwawasan di masa yang akan datang. InsyaALLAH..
RH HOTEL adalah tempat di mana Kursus JPP ZON SARAWAK diadakan. Hotel ini adalah terletak bersebelahan dengan Wisma Sanyan tempat segitiga emas di Sibu.
-megakirana_2008-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan