15 Disember 2008

Kursus Kepimpinan JPP di RH Hotel Sibu

LEMBARAN PERJALANAN KURSUS JPP 2008

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung MegaKirana.. Kali ini saya ingin berkongsi detik-detik manis sepanjang Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Zon Sarawak yang bertempat di RH (Rimbunan Hijau) Hotel, Sibu.
Segala detik-detik itu terpapar pada loreng-loreng coretan kenangan di laman maya MegaKirana ini. Walaupun kursus tersebut hanya berlangsung selama 3 hari 2 malam, tetapi segala memori selama kursus ini berlangsung tidak dapat dilupakan. Semua keempat-empat IPG di Sarawak turun padang untuk turut sama memeriahkan program ini.
Pada kursus kali ini IPTAR menjadi tuan rumah dan lokasi (SIBU) yang dipilih adalah bertepatan serta bersesuaian kerana menjadi titik pertemuan kesemua ahli JPP IPG Zon Sarawak. Kami telah berangkat awal sedikit dari IPTAR untuk menyusun atur serta menyambut kedatangan rakan-rakan JPP IP yang lain.
Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat dikongsi buat tatapan pembaca di laman maya MegaKirana ini.


Tersenyum indah barisan JPP dari IPBL ini. Detik ini dirakam sewaktu malam raptai penutupan kursus yang bertempat di Dewan Rafflesia.
JPP IPBL dipimpin oleh YDP yang ayu Sdri.Noraine Jamil dan dibantu oleh Sdr.Julian Lau..semoga berjumpa pada tahun hadapan ya..
Pohon mengkudu si pohon jejawi,
Subur melata tepian laman,
Semoga bertemu di lain hari,
Saat nan indah jadi kenangan.


Putra dan putri IPS sedang beraksi merakamkan saat indah dan mengusik kenangan dengan senyuman yang ikhlas terpancar di wajah.


Tahun 2009 IPS bakal menjadi tuan rumah pulak untuk kursus JPP yang berikutnya..ermm wah! hehe..


Ermm inilah barisan pemimpin teratas bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Zon Sarawak bagi sesi 2008/09 ermm..YDP dan NYDP IPTAR, IPBL, IPS dan juga IPR.


IPTARku Gemilang menjadi pegangan..
Meriah sorakan panglima beraja,
Tempur semangat di medan perang,
Senyum nan indah pengubat nan lara,
Detik diukir saat dikenang.
Terima kasih kawan-kawan..ermm semoga terus menjadi guru yang berkaliber serta pemimpin yang berwawasan di masa yang akan datang. InsyaALLAH..


RH HOTEL adalah tempat di mana Kursus JPP ZON SARAWAK diadakan. Hotel ini adalah terletak bersebelahan dengan Wisma Sanyan tempat segitiga emas di Sibu.

-megakirana_2008-




14 Disember 2008

KENAPA AKU GAGAL!!

kenapa aku gagal??
bukan sebab aku bebal..
apa lagi tiada akal..
Mana tak ?? Otak ada aku tak pakai..!!


kenapa aku gagal??
sebab aku tak cukup bekal?
ilmu diberi belum tentu halal..
waktu exam..macam mana nak pakai..!!

hidup meskipun pernah gagal..
tak bermakna tiada kejayaan..
GAGAL..guru tiada perasaan..
salah sendiri..sudah TIADA LAGI PERSOALAN..!!


ermm dah tentu kalian tertanya-tanya "Kenapa Aku Gagal" menjadi topik kali ini..ermm walaupun saya sendiri pernah mengalami kegagalan sepanjang kehidupan di pentas dunia ini..tetapi coretan ini untuk menyedarkan atma yang alpa dalam gelodak fantasi dunia.. Teruskan usaha dan jangan mudah untuk berputus asa.

Bila Radai Iman Mengorak Ke Awan Ilahi..

Biar Miskin Harta Jangan Miskin Jiwa
Indah sungguh bulan purnama
Seluruh buana cahayanya seri
Madah iman diatur bersama
Pengubat jiwa lara di hati..
Assalamualikum wbt..kepada rakan pembaca MegaKirana pada kali ini..coretan renungan kesedaran atma menjadi penyeri luahan. Sekali-sekala hendaknya kita renungkan peribadi kita dan bermuhasabah. Sekiranya ada ruang2 kosong, eloklah diisi dengan pengabdiaan kepada Nya. Sebagai insani kita tidak boleh lari daripada segala khilaf walaupun kita terleka sesaat pun. Ya ALLAH Ampunkanlah hambamu ini..
Baiklah, "BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN JIWA"... apa yang sebenarnya yang ingin saya kongsi kepada sekalian pembaca MegaKirana adalah kesedaran kita kepada NikmatNya. Allah SWT telah menganugerhkan semua nikmat kepada MakhlukNya di muka bumi ini. Namun kita mesti ingat janganlah kufur atas nikmat yang telah dilimpahkan olehNya.
Miskin harta tidak menjadi beban sekiranya didalam atma insani itu terisi oleh akhlak serta ilmu pengabdian kepada Ilahi.
Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain. Mungkin meja orang Besar itu lebih hebat, layanannya lebih istimewa, maka makanannya mahal, tempat beradunya enak, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwa belum tentu lagi muncul di celahan itu semua.
Ya, memiliki sesuatu, belum tentu dapat menikmatinya. Untuk minum air kosong dan nasi kosong tidak memerlukan harta yang bertimbun. Juga air kosong dan nasi kosong itu biasanya merupakan makanan si miskin yang tidak mampu memiliki. Jika Allah SWT mahu, orang yang berada di tengah kemewahan akan hidup bagaikan si miskin di tengah kekufuran.
Kita seharusnya insaf bahawa pergantungan sebenar kehidupan kekita sebagai manusia serta makhlukNya yang lain adala kepada ALLAH SWT. Maka jangan kita menjadi hina jiwa ini di hadapan orang lain hanya kerana melihat kuasa dan harta yang berada ditangannya, lalu kita menyangkakan mereka memiliki segala-gala. Jikapun kita kurang harta dan kuasa tetapi janganlah kita miskin jiwa.
"Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti" WASIAT SAIDINA ALI R.A
YA Saudaraku sekalian..ayuh kita renungkan bersama perkongsian luahan atma insani ini. Fikir-fikirkanlah..!!

13 Disember 2008

Memori KL sambungan...

Inilah Istana Budaya..
Kami sempat ke tayangan teater muzikal IMPAK MAKSIMA..boleh tahan..pentas bertaraf antarabangsa..kalau pembaca nak tahu..Istana Budaya merupakan antara 10 pentas terbaik didunia setanding dengan Royal Albert Hall London. Tahniah Istana Budaya..emm mesti syok kan kalau dapat mempersembahkan hasil seni drama kat sini..ermm

Kenangan di perkarangan Parlimen Malaysia..kami berpeluang melihat sendiri persidangan di Dewan Rakyat..pengalaman yang tidak dapat dilupakan..bertemu sendiri dengan wakil2 rakyat..jemaah menteri di Parlimen ini..


Kami bersiap sedia untuk berangkat ke Parlimen..wah! Segak2 nampak haha 'perasan lebih ni' hehe..macam inilah baru terserlah karismanya..bagus2...

Sepetang di sekitar Padang Merdeka, Kuala Lumpur..ermm senyum semuanya..riang terpancar dihati walaupun dihimpit kepenatan yang amat...almaklumlah..



Sekilas Coretan Memori KL 18-22 November 2008

Puspa kemboja mekar dilaman
Harum mewangi dipagi hari
Memori indah mengukir kenangan
Dilaman maya ingin dikongsi.



Assalamualaikum wbt kepada sekalian rakan pembaca blog MEGAKIRANA ini, disini saya ingin berkongsi kenangan dalam rangka lawatan rombongan IPTAR ke Kuala Lumpur pada 18 hingga 22 November 2008 yang lepas.


Seramai 30 orang peserta rombongan IPTAR mengadakan rangka lawatan penanda aras ke IP TEKNIK KL. Rombongan ini juga diiringi oleh 3 orang pensyarah. Segala kenangan di sini menjadi ingatan zaman-berzaman.


"Best ada jak kat ctok eh..ermm byk tempat leh pg eh..hehe IPTEK KL, Parlimen, Istana Budaya, Tugu Negara dan byk gik tpt lain rah KL tok.. yalah singkat gilak masa..ney gaya byk pengalaman ditimba kat tempat org tok"


"oh ya..sempat juak g kat PETROSAINS hehe..best!! terowong masa ya best da jak..hehe gayat eh..woit..PUTRAJAYA juak..boh lupak ermm..:)"


"ermm selamat tinggal KL..rasa nak g sia gik eh..tunggu lok kumpul $$ byk2 hehe"




Khas buat tatapan pembaca blog MegaKirana...Memori yang sempat dirakamkan..






Inilah pesawat yg kami naiki ke KL hehe..A320-200 such a huge plane..hehe..tgh nunggu panggilan untuk masuk ke dlm pesawat..sempat ambil gambar untuk tatapan..






gelagat ber"posing" kat balai ketibaan KLIA..tengah menunggu bas persiaran..ermm panas lah..maintain senyum pok..

......bersambung......

12 Disember 2008


Apa Kata Dunia??
Apa kata dunia?? ... Membuka minda ke arah senario buana yang agak kurang stabil. Apa kata dunia? Mengapa ya?? Sedarkah kita..berkurun lamanya aman tiada menyapa malah gelodak api yang menghujani sesetengah dunia sebelah sana..
Keamanan yang dicari..Keamanan yang ditagih..Keamanan yang dimahukan..kenapa mereka ini harus dihukum dengan panahan ego kezaliman sesetengah pihak.. Itu baru di negara orang... Dunia memang tidak henti-henti berkata..
Syukur..senario sebegini tidak kita hadapi di sini..
Apa kata kita renungkan APA KATA DUNIA..

..Daku Bertatih..

Daku Bertatih..Mungkin inilah ayat pertama yang ku luahkan dalam penulisan daku yang buat julung-julung kalinya ini..


Buat teman-temanku, memang tradisi..pantun penghias laman indah MegaKirana ku ini



Indah pulasan tepian kali,

Patah dahannya timpa angsana,

Salam dihulur sebagai penyeri,

Madah bicara diatur hendaknya



Daku bertatih..Terima kasih kepada yang telah mengajarku erti semua ini..Erti coretan hati dalam sebuah lembaran maya yang mungkin tiada penghujungnya..Daku mengukir sebuah kisah pertama dalam mengharungi onak kehidupan duniawi ini..


Daku bertatih..Bermulalah disini daku bertapak..Memulakan sebuah cerita indah dan ingin berkongsi seandainya ada yang bisa ku sampaikan..Hanya dari ketikan jari-jemariku bisa meluahkan apa yang terbuku dalam benak akal dikirku..


Daku Bertatih..itulah coretan pertamaku
Daku Bertatih..itulah harapan yang terdukung dibahuku
Semoga anda bertemankan kisah yang terindah dalam irama ku impikan bintang yang menyinar seterusnya terus mengimpikan impian yang terus berlegar dalam anganan yang tiada bertepi..
Renungkanlah..
DAKU BERTATIH...